Monday 16 July 2012

PENCIPTA JALUR GEMILANG

MALAYSIA NEGARA TERCINTA







Pada tanggal 31hb Ogos 2012 ini genaplah 55tahun negara kita iaitu MALAYSIA mencapai kemerdekaan. Tahukah anda siapa yang mencipta Bendera Malaysia?



Mari kita kenali pencipta bendera Malaysia dengan lebih dekat lagi.










Pencipta Bendera Malaysia atau kini dikenali sebagai Jalur Gemilang ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor. Allahyarham menamatkan persekolahan di English College ( Maktab Sultan Abu Bakar) dan mempunyai bakat dalam lukisan. Allahyarham  menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu Allahyarham berusia 29 tahun. Allahyarham meninggal dunia pada 19 Februari 1993, di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Sumbangan beliau terhadap Negara amatlah besar. Semoga suatu hari nanti kita juga dapat menyumbangkan sesuatu kepada negara tercinta kita iaitu negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment