Monday 23 July 2012

5.2 Aspek fizikal


5.2 ASPEK FIZIKAL




C. PINGGIR LAUT
1. Merupakan kawasan tanah rata yang menghadap laut, iaitu menjadi garisan pertemuan di antara kawasan darat dengan laut.
2.Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Kuala Lumpur.
3. kawasan pantai negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka, kawasan Pantai Timur menghadap Laut China Selatan dan Selatan Johor menghadap Selat Tebrau.
4. Kawasan pinggir laut mempunyai bentuk-bentuk muka bumi seperti :
                a) Teluk contohnya Teluk Cempedak di Pahang dan Teluk Kimanis di Sabah.
TELUK CEMPEDAK, PAHANG

TELUK KIMANIS, SABAH

                b) Tanjung contohnya Tanjung Datu di Sarawak dan Tanjung Aru di Sabah.
TAMAN NEGARA, TANJUNG DATU


                c) Pulau contohnya Pulau Redang Terengganu dan Pulau Tioman di Pahang.
PULAU TIOMAN

                d) Pantai contohnya Pantai Morib di Selangor, Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan dan Pantai Cherating di Pahang.

PANTAI CHERATING

5. Pantai yang terlindung daripada tiupan angin dan dalam sesuai untuk pembinaan pelabuhan seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

D. LEMBANGAN
1. Kawasan tanah rendah yang rata, luas dan disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-cawangannya.
2. Cawangan-cawangan sungai ini lazimnya berpunca dadri kawasan pergunungan, Tasik, mata akhir dan berakhir di laut.
3. Luas lembangan beragantung kepada saiz sungai, pola sungai, dan bentuk muka bumi kawasan yang disaliri.
4. Kawasan ini yang terletak di pinggir sungai mempunyai tanah yang subur untuk menjalankan aktiviti pertanian dan menjadi tumpuan penduduk.
5. Contoh kawasan lembangan yang penting ialah Lembangan Rajang di Sarawak.


E. BENTUK MUKA BUMI DI KUNDASANG, SABAH
1. Kudasang merupakan sebuah pecan kecil yang paling hamper dengan kaki Gunung Kinabalu di Banjaran Crocker.
2. Kundasang terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu.
3. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi factor utama ramai pelancong dating ke Kundasang.
4. Pertanian merupakan akiviti yang menjadi sumber pendapatan utama kepada penduduk di sini,
5. Antara tanaman hawa sederhana yang ditanam ialah sayur-sayuran, bunga-bungaan, buah-buahan dan teh.
6. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat beli belah sayur-sayuran, bunga-bungaan, buah-buahan dan teh.
7. Walaupun hanya sebuah pecan kecil, Kundasang mampu menyediakan kemudahan seperti Hotel, Motel, Chalet dan home stay bagi memberi keselesaan kepada para pelancong.




No comments:

Post a Comment