Wednesday 18 July 2012

5.2 ASPEK FIZIKAL

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4
UNIT 5 = KAMPUNG HALAMANKU YANG PERMAI
5.2 ASPEK FIZIKAL







1. Malaysia mempunyai bentuk muka bumi seperti tanah tinggi, tanah pamah, lembangan dan pinggir laut.

2. Kedudukan bentuk muka bumi terletak di lokasi yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tertentu.



A. TANAH TINGGI
  • Merupakan kawasan berbukit bukau dan bergunung- ganang yang mempunyai banjaran
  • kawasan tanah tinggi lazimnya terletak di kawasan pedalaman Malaysia.
  • Di Semenanjung Malaysia, kawasan tanah tinggi terletak di bahagian tengah.
  • Contoh kawasan tanah tinggi ialah Banjaran Crocker di Sabah dan Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia.
  • Keistimewaan kawasan tanah tinggi termasuklah :
   a) kawasan tadahan air

   
   b) kawasan peranginan contohnya Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.

TANAH TINGGI CAMERON



TANAH TINGGI KUNDASANG




c) Pembekal kayu yang bermutu tinggi.
d) Kawasan tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan hawa sederhana di Tanah Tinggi Cameron Pahang) dan Tanah Tinggi Kundasang Sabah).

BUAH STRAWBERI

POKOK KUBIS 


B. TANAH PAMAH
  • Merupakan kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 180Meter dari aras laut.
  • Lazimnya kawasan ini terdiri daripada tanah pamah beralun, berpaya dan bertasik.
  • Kawasan tanah pamah di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia lebih luas berbanding di kawasan timur.
  • Contoh kawasan tanah pamah ialah Dataran Kedah - Perlis, Delta Kelantan, Dataran Kerian dan lain-lain lagi. 
  • Keistimewaan kawasan tanah pamah termasuklah :
   a) Kawasan pertanian seperti tanaman padi,   
      getah,kelapa sawit dan kelapa.
   b) kawasan petempatan penduduk.
   c) Pelbagai jaringan perhubungan dapat 
      dibina seperti jalan raya dan jalan 
      kereta api kerana melibatkan kos yang 
      rendah.
   d) Tumpuan kawasan perindustrian/ 
      perkilangan.




No comments:

Post a Comment